Oleh :Semut Api
Salam satu Patani, sedikit renungan dan kajian terhadap Serangan pejuang pembebasan Patani di kem tentera renger Siam di hospital Choh Erong Narathiwat pada 13 -3- 2016 telah mengundang dan menjadi perhatian bagi setiap lapisan masyarakat, terutama lembaga kemanusiaan dan hak asasi manusia. Dalam dan Luar negara.
Yang dipertikaikan apakah serangan dan tindakan pejuang itu telah melanggar undang undang konflik bersenjata internasional (IHL). atau tindakan itu masih dalam batasan yang dibolehkan oleh undang undang konflik bersenjata internasional.
Dalam 15 peratuan IHL. Ada menyebutkan dalam penafsirannya bahwa kumpulan bersenjata (ANSA atauTENTERA KERAJAAN) dapat menyerang sasaran kem, pos, ankatan bensenjata yang menggunakan instansi civil / sekolah, hospital, rumah ibadat dan lain sebagainya sebagai perisai atau kubu pertahanannya.
Serangan pejuang di Choh Erong juga hanya ditujukan kepada objek ketenteraan bukan orang civil dan bukan instansi civil, ini jelas kerana yang cedera parah dalam serangan ini adalah anggota pasukan bersenjata kerajaan Siam. (Lihat peraturan 1 dan 2 IHL )
Pihak pegawai hospital sendiripun telah memberi penjelasan bahwa mereka bukan sasaran pejuang dan tidak ada pegawai yang cedera dalam serangan tersebu.
.
Yang perlu dipersoalkan????? Kenapa dan mengapa tentera Siam menggunakan instansi pendidikan/sekolah, ketik, kawasan hospital sebagai prisai dan kem tenteranya. Dan semua ini adalah tempat terlarang bagi undang undang perang internasional. Dan ini adalah pelanggaran (IHL) yang nyata. Sudah berapa lama tentera Siam membuat kem di tempat tempat tersebut dan di merata tempat, sampai dalam kawasan pondukpun dijadikan kem. Renung dan mempelajari. Terima kasih
No comments:
Post a Comment