Membudayakan Peradaban
Barat, Memartabatkan Dasar
Thai antara agenda penting
dalam dasar Thai Rathaniyom
yang pernah diamalkan Field
Marshall Phibun Songkram pada
1938-1944. Pengamalan dasar
seperti ini amat kuat memainkan
peranan mengancam identiti etnik
minoriti khususnya kalangan
orang Melayu Islam di Selatan
Thai.
Dalam kerangka polisi
tersebut, secara langsung ingin
menghapuskan budaya saingan
dan digantikannya dengan pengamalan
satu budaya dan cara
hidup dengan konsep Thai untuk
ras Thai. Penerapan dasar Thai
Rathaniyom ini membawa keresahan
semua rakyat terutama
kalangan umat Islam di Selatan
Thailand.
Dalam usaha merealisasikan
dasar tersebut, langkah
awal adalah
a) campur tangan
pihak kerajaraan Thailand dalam
urusan agama Islam. Secara ansur-ansur
undang-undang agama
Islam dihapuskan dan digantikan
dengan undang-undang sivil,
b)
sebarang penentangan dan usaha
menunjukkan ke arah pembangunan
Islam akan dihukumkan,
c) patung-patung Buddha diletakkan
di sekolah-sekolah serta
memaksa murid-murid yang beragama
Islam turut menyembah
berhala seperti murid-murid yang
menganut Buddha,
d) orangorang
Melayu Islam yang memegang
jawatan kerajaan dipaksa
menukar namanya dengan nama
Siam dan segala jawatan yang
tinggi diharamkan ke atas orang
Islam,
e) mereka harus mempelajari
dan bercakap dengan bahasa
Siam,
f) tidak dibenarkan
bercakap dengan bahasa Melayu
dalam setiap urusan di pejabat
kerajaan,
g) tidak dibenarkan
mempelajari al-Qur’an bahkan
menyokong untuk mempelajari
ajaran agama Buddha,
h) menukar
pakaian orang Melayu
dengan berseluar, topi dan tidak
dibenarkan memakai hijab kalangan
wanita Islam.
Pelaksanaan dasar seperti
ini telah menyinggung perasaan
orang-orang Melayu Islam sehingga
menyebabkan sebahagian
besar mereka yang enggan mematuhi
dasar-dasar itu dihalau,
ditahan akhirnya turut dibunuh.
Hasrat jahat itu bukan sahaja menyinggung
perasaan orang Islam,
malah ianya turut dijadikan isu
kontroversi yang dibahaskan antara
pihak kerajaan dengan ahlii
akademik tempatan.
Hasil kritikan
terhadap dasar itu antaranya;
a) ia merupakan alat pengancam
dan amat tidak sesuai diamalkan
dalam konteks masyarakat
plural, dengan dasar itu hak etnik
minoriti akan dipinggirkan
b) dasar itu bukan hanya boleh
memundurkan negara, malah ia
boleh menimbulkan krisis antara
golongan minoriti dengan golongan
majoriti dan boleh mengakibatkan
tercetus konflik,
c) dasar
itu juga menggambarkan hubungan
antara kaum yang lebih kuat
dengan kaum yang lemah diwarnai
dengan bentuk hubungan
mendominasi bukan saling
menghormati.
Walau bagaimanapun, sejarah
perjuangan Melayu Islam
Fathoni amat membanggakan.
Sejak awal kejatuhan kerajaan
Fathoni hingga kini banyak sejarah
mencatat fenomena-fenomena
yang cukup dijadikan bukti
bahawa orang Melayu Islam
Fathoni sentiasa bersemangat
dalam usaha membelakan identiti
Melayu yang beragama Islam
sehingga masih dapat disaksi dan
turut dinikmati oleh generasigenerasi
muda kini.
Source : SUARA RAKYAT PATANI
No comments:
Post a Comment