Bagi rakyat Patani sendiri perdamaian sangat memerlukan untuk menghindari dari konflik berterusan, agar dapat menikmati hidup seperti mana bangsabangsa lain di muka bumi ini, untuk menuju kearah itu perlu ada negosiasi atau dinamakan perundingan, perundingan yang benar-benar mempunyai garis pandu mengikut adat dan undang-undang antara bangsa (Internasional) bukan mengikut orang yang mencetuskan konflik (Siam) yaitu bukan mengikut perlembagaan Siam Thai, kerana sudah berpuluh-puluh kali telah mengadakan perundingan baik secara langsung maupun tersem-bunyi, di dalam Negara maupun di luar negara dengan kelompok-kelompok yang mendakwa dirinya sebagai pembawa amanah Rakyat Patani itu sendiri, namun akhirnya berkesudahan dengan tidak mempunyai catatan hitam putih lenyap begitu saja, Rakyat Patani masih dalam keadaan serbasalah tidak banyak menyimpan harapan kepada perunding ditayangkan selama ini yang dianggap membawa amanah Rakyat itu tadi, perundingan yang sedemian rupa ibarat Patani masih berada di ujung tanduk.
Kembali kepada apa yang menjadi hasrat Rakyat Patani secara hakikinya. Rakyat Patani sudah berkonsisten dan berpendirian tersendiri bahwa dengan siapa yang akan mereka hadapi untuk langkah-langkah selanjutnya. Manakala pihak Siam Thai cuba untuk membendung dan memperkecilkan agar konflik menjadi konflik dalaman, sedangankan secara kemanusiaan, pelanggaran hak asasi manusia dan isu penindasan lainnya sudah ditangani oleh badan-badan Internasional, kerana bagi pihak Thai sendiri sudah tidak mampu lagi untuk menangani konflik tersebut secara persendirian. Selayaknya Siam Thai harus mengakui hak bumi Patani adalah hak pertuanan Melayu, seraca kakikinyapun begitu.
Dalam cadangan bagi pihak Siam Thai langkah-langkah untuk menamatnya konflik dengan melalu politik pendekatan dan menanamkan persefahaman bagi pejuang-pejuang Patani untuk bersemuka dengan tidak melalui tuntutan-tuntutan baik berbentuk politik, ekonomi, social budaya dan lain sebagainya, dan berada di bawah garis undang-undang amandemen Thai. Sudah barang tentu bagi pihak para aktivis pejuang Patani yang tulin menganggap bahwa itu adalah satu cara pemalsuan dan penimpuan dalam mengikat hati Rakyat Patani dan pejuang-pejuang untuk memutar belitkan hasrat dan keinginan rakyat Patani, juga untuk perkukuhkan kedudukannya di bumi orang-orang Melayu.
Di hari ini perundingan untuk menentu nasib sendiri tentang konflik di Patani belum mempunyai jalan keluar yang boleh ditanda tangani oleh kedua-dua belah pihak, kerana Siam Thai masih berpendirian tidak mahu mengakui hak kedudukan atas bumi Bangsa Melayu Patani, manakala Bangsa Patani adalah sudah tidak berminat lagi berada di bawah jajahan Siam Thai, sudah terlalu lama berada dalam tekanan dan penderitaan. Maka wajarlah bagi Bangsa Melayu Patani tidak mempercayai terhadap perundingan yang sudah-sudah, dari itu garis dasar yang di nyatakan oleh Bangsa Melayu Patani adalah hak pertuanan Bangsa Melayu Patani harus di angkat ke meja perungdingan, sebagai pertanda menemui jalan damai yang boleh dipercayai bagi Umat Islam Melayu Patani, kemungkinan perundingan semacam ini boleh membawa aspirasi Rakyat Patani dan amanah Rakyat yang tertindas selama ini, ia akan melahirkan suatu keyakinan dalam jiwa Rakyat Patani itu sendiri.
Source : SUARA RAKYAT PATANI
No comments:
Post a Comment