Saturday, 23 January 2016

Ayat Ayat Perang di Jalan ALLAH



وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُواْ لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللهِ وَمَا ضَعُفُواْ وَمَا اسْتَكَانُواْ وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ (146). وَمَا كَانَ قَوْلَهُمْ إِلاَّ أَن قَالُواْ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (147). فَآتَاهُمُ اللَّهُ ثَوَابَ الدُّنْيَا وَحُسْنَ ثَوَابِ الآخِرَةِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (148).(سورةآل عمران أية 146-148).



yang bermaksud : 146. dan berapa banyak dari Nabi-nabi dahulu telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa Yang telah menimpa mereka pada jalan agama Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk kepada musuh. dan ingatlah, Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar. 147. dan tidaklah ada yang mereka ucapkan semasa berjuang (perang), selain daripada berdoa dengan berkata : Wahai tuhan kami! ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami dalam perjuangan dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. 148. oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia kemenangan dan nama yang harum, dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya nikmat syurga yang tidak ada bandingannya. dan ingatlah, Allah sentiasa mengasih orang-orang yang berbuat kebaikan.                                                                              


Haram patah oleh supek



No comments:

Post a Comment